Saturday, December 10, 2011

AFTER MIDTERM

Ada susah, senang, sederhana, mengelirukan, macam2 ada... memang mencabar soalan bahasa pengaturcaraan, dan lebih mencabar apabila soalan dan jawapan in english...Miss kata standbye final exam also in english,,, pasni presentation, habiskan sukatan dan hantar asignment..

/*
 * A function to print a diamond on the console
 * while allowing the user to choose its size
 * author: OliveOyl
 */ 
 
#include <iostream> 
 
void printDiamond (int num) 

    //print top half of diamond 
    for(int i = 0; i<num; i+=2)//use i+=2 instead of i++ so that the rows will 
    {//follow the format row1: 1 star, row2: 3 stars, etc. 
        for(int j=0; j<num-i; j+=2)//update j by 2 instead of 1 because we use i in our condition
            std::cout<<" "; 
        for(int k=0; k<=i; k++) 
            std::cout<<"*"; 
      std::cout<<std::endl; 
    } 
    if(num%2==0)//check if num is even 
        num-=1; //if num is even, subtract 1 from it so the rows will line up correctly 
               
    num-=2;//subtract 2 from num so that the middle row will only be printed once 
 
    //print bottom half of diamond 
   for(int i=0;i<num;i+=2) 
     { 
        for(int j=0;j<=i+2;j+=2) 
            std::cout<<" "; 
        for(int k=1;k<=num-i;k++) 
            std::cout<<"*"; 
     std::cout<<std::endl; 
    } 



/** EXAMPLE USAGE **/ 
int main () 

    int num;
    std::cout<<"Enter a number: \n";
    std::cin>>num;
    printDiamond(num); 
    std::system("Pause");
    return EXIT_SUCCESS; 
}


Wednesday, November 30, 2011

COMING SOON LAST MEETING ON 11 DISEMBER 2011

Assalamualaikum...


Pertemuan seterusnya pada 11 Disember 2011.... Mari kita baca apa rancangan masa 2..

1) wakil kumpulan present asignment
2) Hantar asignment 2 (kumpulan)
3) Ujian (x tau la senang ke susah)
4) Habiskan syllibus
5) Dpt hint final exam nanti... hehe..

Kalau ada gol di padang
Boleh saya datang hari ini
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa nanti...

Thursday, November 24, 2011

mencuba sesuatu yang baru

teringin plak nak makan mee rebus, letak daging atau kerang ok gak..,hmmm  nyummm. nyummm..lpas balik kelas c++, hr cuti sekolah ni semangat skit nak cuba resepi yang tak pernah dicuba...




Resepi Mee rebus ( sumber :  Dapur brother Rozzan/Dapur noraini ibu manja )
Bahan-Bahan
1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)
Bahan Kuahnya
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)- 1 saya ganti dengan 1 cwn udang hidup
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan ( saya tambah dgn 1 sudu makan serbuk cili )
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus) – saya guna cuma 700 g je
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional) – tak letak
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.
Cara Penyediaan
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.
Bahan Taburan (Garnishing)Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.

KELAS KETIGA

Assalamualaikum...


kelas  seterusnya saya belajar
1) Fungsi dalam pengaturcaraan c++
2) Tatasusunan dalam pengaturcaraan c++
3) Praktikal coding dan tulis output yang berjaya dihasilkan
    seronok taip coding ni bila success bila fail , alamak apa la yang silapnya .. yang tak kena.. kena buat     correction
4) Miss bg quiz... cm susah cam senang.. lastly miss bg bincang dengan partner... alhamdulillah blh jawab tp x tau betul atau tidak,,, pas tu miss bg jwpn... yeyehhh ... btul semua 5 soalan je... hehe...
5) Sebelum 630 kena sent email jwpn untuk tugasan aktiviti dalam kelas... 5 marks...masing2 berusaha nk cari output coding yang diberikan, kumpulan kami ada 2 kesalahan,,, try btulkan makin banyak plak error.
At last bincang dengan kumpulan lain... dpt jwpan.. save  & sent to Miss..


THANK YOU MISS.....

Wednesday, October 19, 2011

kelas kedua c++

1) lepas bg salam Miss Anne bg coklat ajaib, VOCHELLE ... sdap thanks ..

2) Jawab soalan kuiz 15 minit, soalan senang , nak jawab senang, bulatkan betul atau salah, tapi mengelirukan... hmmm,,, mencabar subjek  ni..

3) Belajar Konsep struktur kawalan dalam pengaturcaraan.

       - jujukan (by sequence)
       - pilihan (if, dwi pilihan, multi pilihan)
       - pengulangan (while, do while, for)
4) Buat beberapa latihan dalam kelas

5) paling seronok bila succes buat contoh for,,, taip kod bila run display HELLO WORLD

6)  Miss Anne minta kami cuba buat latihan yang ada dlm slide power point.

nPseudocode for :
n
¨begin
nsum = 0
nfor i = 1 to 10
¨input x
¨sum = sum + x
naverage = sum / 10
nprint average
¨end
 
Jom kita cuba try test latihan ni...

Tuesday, October 18, 2011

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

 
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  1. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  2. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  3. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  4. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  5. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  6. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  7. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  9. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  11. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  12. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  13. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  14. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  15. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  16. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  17. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  18. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  19. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  20. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  21. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  22. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  23. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  24. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  25. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  26. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  27. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  28. Pelbagaikan tempat belajar.
  29. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  30. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  31. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Wednesday, October 12, 2011

ekspresi belajar c++

2 oktober 2011 9 (ahad) belajar bahasa pengaturcaraan c++, kawan2 kata susah, ada yang syahid tak dapat teruskan perjuangan belajar nk dpt degree. tunggu2 young lecturer rupanya , hmmm manis orangnya..                                                                                                                                                      
BAB 1 PENGENALAN KPD PENGATURCARAAN KOMPUTER

Saya belajar maksud - program / aturcara komputer
                                  - data
                                  - algoritma
                                  - pengaturcaraan komputer
                                  - bahasa pengaturcaraan


Baru sy faham kepentingan belajar bahasa pengaturcaraan komputer ialah komputer tidak faham bahasa manusia, so kita kena terjemahkan bahasa kita dalam bahasa yang difahami oleh komputer menggunakan sistem kod.

Terdapat 5 generasi bahasa pengaturcaraan- generasi pertama (bahasa mesin)
                                                                 - generasi kedua (kod mnemonik menggantikan 0 dan 1)
                                                                 - generasi ketiga (bahasa inggeris)
                                                                 - generasi keempat (penggunaan @ keputusan apa berbanding bagaimana)
                                                                 - generasi kelima ( bahasa peringkat tinggi)



BAB 2 PROSES PENGATURCARAAN

 - Proses pengaturcaraan ( konsep ADDIE)
- alatan rekabentuk ( menggunakan carta alir)
- penyelesaian masalah dan proses pengaturcaraan yang baik

Miss Anne give some  questions, exercise, and disscuss the answer...



BAB 3 PENERANGAN STRUKTUR KAWALAN MENGGUNAKAN CARTA ALIR & KOD SUDO

-struktur jujukan
- struktur pilihan
-struktur pengulangan